SITE MAP | WEBMAIL LOGIN | ADMIN
  Logo  
 
 
 

Perkhidmatan

Perkhidmatan

Perkhidmatan

Muhammadiyah Travel & Tours

Pakej UmrahAkhir Ramadhan 1431H Melalui PIA

Hari
Dari/Ke
FLG
ETD
ETA
28 Aug
KUL / KHI
PK 899
1310
1600
29 Aug
KHI / JED
PK 731
1830
2030
09 Sep
JED / KHI
PK 732
2210
0340+1
11 Sep
KHI / KUL
PK 898
0240
1140

Harga Pakej

HARGA PAKEJ
DEWASA
KANAK2 (2-11)
BILIK EMPAT/LIMA
RM7,090.00
RM 6,410.00
BILIK BERTIGA
RM 7,780.00
RM 7,140.00
BILIK BERDUA
RM 9,210.00
RM 8,570.00
Kanak-kanak tanpa katil
RM 4,100.00
  • Harga & aturcara adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis

HARGA PAKEJ TERMASUK :-

  • Tiket penerbangan KUL/KHI/JED/KHI/KUL
  • Cukai lapangan terbang
  • Penginapan di Makkah dan Madinah
  • Pengangkutan di Arab Saudi
  • Makan di Makkah dan Madinah
  • Mutawif
  • Lawatan Makkah dan Madinah

CENDERAMATA DARI MTT TRAVEL :-

  • Beg besar / Beg kecil
  • Buku panduan umrah
  • Luggage tag / Uncang kasut
  • Air zam – zam ( 10 liter )
  • Ceramah umrah yang ditetapkan oleh pihak syarikat

Peringatan!
Jemaah adalah dinasihatkan agar berkumpul di KLIA 03 jam sebelum berlepas di aras 5.

 

ATUCARA PAKEJ UMRAH YANG DIPILIH

ATUCARA PAKEJ UMRAH YANG DIPILIH

HARI 01 : KUALA LUMPUR – KARACHI (28 AUG 2010)
Berkumpul di KLIA 3 jam awal sebelum berlepas. Selesai urusan pendaftaran masuk bertolak ke Karachi jam 1:10 petang. Insha Allah dijangka tiba di Karachi jam 4:00 petang (waktu Karachi) dan jemaah akan bermalam di Karachi.

HARI 02 : KARACHI - JEDDAH – MADINAH (9 AUG 2010)
Perjalanan sambung dari Karachi pada jam 6:30 petang dan dijangka tiba di Jeddah jam 8:30 malam. Selesai urusan Imigresen jemaah akan bertolak ke Madinah dengan bas. Tiba di Madinah setelah selesai pendaftaran masuk hotel, jemaah akan dibawa ke Masjid Nabawi, menziarahi makam Rasulullah s.a.w dan Raudhah.

Hari  03 : MADINAH (30 AUG 2010)
Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, Jemaah bebas dengan aktiviti sendiri untuk memperbanyakkan ibadah Solat sunat, Zikir dan sebagainya.

Hari 04 : ZIARAH KOTA MADINAH (31 AUG 2010)
Selepas Solat Subuh Jemaah bersiap sedia untuk di bawa menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba’ iaitu masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah s.a.w. Masjid Qiblatain iaitu masjid yang mempunyai 2 kiblat (satu mengarah ke Baitulmaqdis dan satu lagi kearah Masjidil Haram) Masjid Tujuh,

Ladang Kurma dan Pasar Kurma untuk membeli belah. Pulang ke hotel untuk berehat

Hari 05 : MADINAH - MAKKAH (01 SEP 2010)
Selepas solat Subuh Jemaah bersiap sedia untuk bertolak ke Makkah. Jemaah dinasihatkan untuk memakai pakaian ihram dari hotel. Jemaah akan singgah di Bir ‘Ali untuk bermiqat dan melangsungkan perjalanan ke Makkah. Tiba di Makkah selesai pendaftaran masuk hotel, Jemaah akan dipimpin oleh Mutawif untuk mengerjakan Umrah (Tawaf, Saei dan bertahalul)

Hari 06 & 07 : MAKKAH (02 & 03 SEP 2010)
Selepas solat Subuh, Jemaah bebas dengan aktiviti sendiri untuk memperbanyakkan ibadah Solat sunat, Tawaf Sunat , Zikir dan sebagainya
Jemaah dinasihatkan bergerak secara berkumpulan dan mengikut mahram

Hari 08 : ZIARAH HUDAIBIYAH (04 SEP 2010)
Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, Jemaah akan dibawa melawat ke beberapa tempat bersejarah yang lain seperti Muzium dan Kilang Kelambu Kaabah serta Ladang Unta, (Bergantung kepada kebenaran kerajaan Arab Saudi)

Hari 09 : MAKKAH (05 SEP 2010)
Selepas solat Subuh, Jemaah bebas dengan aktiviti sendiri untuk memperbanyakkan ibadah Solat sunat, Tawaf Sunat , Zikir dan sebagainya
Jemaah dinasihatkan bergerak secara berkumpulan dan mengikut mahram

Hari 10 : ZIARAH KOTA MAKKAH (06 SEP 2010)
Selepas solat Subuh Jemaah akan dibawa menziarahi Padang Arafah, Mudzalifah, dan Mina. Seterusnya ke Jabal Nur, Jabal Rahmah dan Ji’ranah.

Hari 11 & 12 : MAKKAH (07 & 08 SEP 2010)
Selepas solat Subuh, Jemaah bebas dengan aktiviti sendiri untuk memperbanyakkan ibadah Solat sunat, Tawaf Sunat , Zikir dan sebagainya
Jemaah dinasihatkan bergerak secara berkumpulan dan mengikut mahram

Hari  13 :  MAKKAH – JEDDAH – KARACHI (09 SEP 2010)
Selepas solat Asar, Jemaah bersiap sedia untuk bertolak ke Jeddah. Penerbangan balik jam 10:10 malam.  Jemaah akan bermalam di Karachi.

Hari  14 & 15: KARACHI – KUALA LUMPUR (10 & 11 SEP 2010)
Selepas solat Isyak jemaah akan bersiap untuk penerbangan balik pada jam 2:40 pagi dan dijangka tiba di KLIA jam 11:40 pagi pada 11hb SEP 2010

KAMI DI MUHAMMADIYAH MENDOAKAN AGAR TUAN PUAN DAPAT MENJALANI IBADAH UMRAH DENGAN SEMPURNA DAN MENDAPAT UMRAH YANG MABRUR DI SISI ALLAH SWT,
INSYAALLAH…

HOTEL MADINAH : MANAZELI HOTELS & RESORTS @ Setaraf
100 meter dari Masjid Nabawi
HOTEL MAKKAH : SAFOA TAAMIZ  @ Setaraf
150 meter dari Masjidil Haram

Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.